Silakan Bertanya saya...;)

Apa2 Jua pertanyaan boleh ditanyakan di sini atau terus hubungi saya@ Wassap: 017 9992327.

Terima kasih

Kuasai Emosi Untuk Anda Kuasai....................

Seterusnya, saya beritahu Anda cara menggunakan The Secret untuk menarik pasangan hidup idaman Anda. Langkah pertama, fikiran ciri-ciri pasangan yang Anda idamkan. Paling utama, fikirkan sikapnya dahulu. Orang cemana yang jadi pasangan idaman Anda?


Adakah dia seorang yang lucu, baik hati, penyayang, bijak mengambil hati atau memiliki semua yang dinyatakan tadi? Adakah dia ni Anda suka jika dia garang sedikit, tegas, pendiam tapi berwawasan?


Fikirkan apa yang sebenarnya sikap-sikap Anda mahu untuk ada pada dirinya. Kemudian, tulis!


Langkah kedua, fikirkan rupa fizikalnya dan segala aspek luaran dirinya yang Anda mahu. Adakah dia tu Anda mahu sama tinggi dengan Anda? Adakah Anda mahu dia kurus, gempal sedikit, berisi atau ngam-ngam?


Jangan setakat fikir, tulis dengan penuh terperinci. Tuliskan apa warna matanya, bentuk keningnya, stail rambutnya, warna kulitnya dan rupa senyumannya! Tulis semuanya.


Langkah ketiga, tetapkan SEBAB mengapa Anda memilih dia.


Bahagian ketiga ni part yang ramai sangkut.


Ramai masih keliru, tak tahu, masih kabur mengapa mahu ciri-ciri yang diidam-idamkan. Persoalannya adalah sebab.


Sebab paling mudah, niatkanlah Anda memilih dia sebab Anda nak bahagia bila bersama dengannya, untuk 40-50 tahun akan datang. Kan ke kita bercinta dan berkahwin semata-mata untuk mengecapi bahagia?


Sebab lain sebagai contoh, beritahu diri sendiri yang Anda memang sukakan ciri-ciri yang Anda dah tulis tadi. Memang itulah ciri-ciri pasangan idaman Anda, seperti yang Anda mimpikan sekian lama.


Bila dah tetapkan sebab apa Anda pilih ciri-ciri pasangan sebegitu, baca balik apa yang Anda dah tulis. Jangan sampai ada yang tertinggal baca.


Kemudian, bayangkan seolah-olah dia dah ada di depan mata Anda. Gembirakan diri Anda, segembira yang mungkin kerana Anda telah berjaya menemui dia. Amalkan teknik ini paling kurang 3 kali dalam sehari.


Baca, fikir sekejap lalu bayangkan.


Emosi adalah kunci utama untuk Anda gunakan The Secret sebaik mungkin. Jaga emosi positif sepanjang masa. Pastikan tidak ada emosi-emosi negatif menyelinap masuk anda walaupun sedikit. Nanti ibarat gara-gara nila setitik, habis rosak santan sebelanga.


Ibarat gara-gara tepung sesudu, habis rosak Nescafe seteko!


Untuk menarik situasi-situasi bahagia muncul dalam hidup Anda, bayangkannya selalu, hadirkannya selalu di dalam hati.


Bayangkan Anda melihat diri Anda bahagia berjalan-jalan bersama dengan pasangan yang Anda idamkan. Apa yang ada di hati, mesti sama, mesti selari dengan apa yang ada di minda.


Imaginasikan bayangan ini dengan kerap. Nampak seperti berangan-angan, tapi yang sebenarnya Anda memberitahu minda Anda apa yang Anda mahukan lalu minda akan menemukan Anda dengan apa yang selalu Anda fikirkan.


Paling penting, hadirkan emosi gembira, bahagia, hepi, tenang dan wujudkan kerinduan Anda padanya.


Rindulah pada dirinya, seolah-olah dia dah hadir dalam hidup Anda sekarang ini.


Petikan info dari: (Shukri Abdullah)

Ulasan