Silakan Bertanya saya...;)

Apa2 Jua pertanyaan boleh ditanyakan di sini atau terus hubungi saya@ Wassap: 017 9992327.

Terima kasih

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah .......Nak Tahu???

Assalamualaikum semua, Apa khabar? Di sini saya titipkan beberapa panduan di dalam berkasih sayang untuk kebahagiaan rumah tangga dan juga dalam kehidupan kita seharian....Nak tahu apa petua itu? Haaaa ia di panggil Petua 8P oleh Penceramah Agama yang terkenal di TV 9 iaitu Dato' Ustazah Siti Nur Bahyah ....nak tahu.....bacalah...:)






1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2) P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan

5) P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami .

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong. "Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.
 

Info ini di ambil daripada blog "Suzana Ghazali".....sekadar berkongsi ilmu.....Manfaatkan la yang mana baik......InsyaAllah......

Ulasan