Assalamualaikum Kengkawan, hehehe....Sape2 suka makan buah Betik??? haaa kalau nak tahu banyak tau khasiat tentang buah ini. Jom Review kay....:)
10 KHASIAT DAN KELEBIHAN BUAH BETIK
Betik
merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di Asean. Tumbuhan ini berasal
dari Mexico Selatan, namun kini pokoknya ditanam di hampir semua negara
beriklim tropika. Pokok betik menghasilkan buah yang boleh dimakan.
Buah betik banyak dijual di pasar-pasar, termasuk pasar tani, dan pasar
sayur. Pucuk betik sering dicelur untuk dijadikan ulam dan dimakan
bersama sambal belacan. Pucuk muda betik berasa pahit, manakala buah
muda betik jika dibuat halwa berasa masam-masam manis.Buah betik adalah
buah yang baik sekali untuk dimakan ketika kita sakit mahupun sihat.
Selain dari sumber makanan yang murah dan senang didapati, buah betik juga mengandungi khasiat yang tinggi. Boleh dikatakan buah betik mengandungi hampir semua zat makanan yang diperlukan bagi kesihatan tubuh kita. Sebelum ini saya ada berkongsi khasiat dan kebaikan buah-buahan yang lain seperti buah Avokado, buah Delima, buah Belimbing dan buah Naga. Di bawah saya senarai 10 khasiat dan kelebihan buah betik.
10 Khasiat Dan Kelebihan Buah Betik.
1) Sebagai tonik tambahan
Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan
menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi
menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus
buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik
yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita
yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah
tenaga kerana sakit.
2) Ubat bagi sembelit dan bawasir
Jika mengalami sembelit cubalah memakan betik. Ia murah lagi selamat.
Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit bawasir berdarah, Malah
menurut para doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong buah
betik selepas makan, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan serta
membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita
perlukan, bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit
di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘
anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.
3) Mencegah terjadinya batu di dalam pundi kencing
Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum
jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak
lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem
kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan
kita dari mendapat masalah batu pada pundi kencing kita.
4) Mengubati sakit-sakit otot
Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot
apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi
pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan
dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.
5) Merawat masalah kulit seperti jerawat dan kekedutan
Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan,
hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang
bermasalah setengah jam sebelum mandi.
6) Mengubati tumit pecah-pecah
Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh
menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional
bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang
dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang
pecah.
7) Dijadikan Ulam-ulaman
Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan
ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan
mengeluarkan segala angin.
8) Sesual untuk merawat Hemoroid
Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat
hemoroid atau buasir dan sembelit.Makan buah betik boleh memudahkan
proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.
9) Kaya dengan vitamin c
Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat
yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat,
zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin,
tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.
10) Kaya dengan vitamin A
Buah betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien
-nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini
mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.
Sumber/ rujukan: http://panduan-tips-petua.blogspot.com
Ulasan
Catat Ulasan